Thursday, 5 October 2017

Ptm and duty report

alhamdulillah.. dapat intake kali ni intake 04/17 sebagai houseman contract. Have to choose as fast as possible where to post because I don't want to go to borneo ๐Ÿ˜. and I got my 2nd choice which is HRPZ II Kota Bharu. after that busy preparing documents as we only have about 1 week plus2 before going to PTM. sad enough, they announced PTM place after I went to KL already. Wasted my energy because that Wednesday I went to MMC to collect my MMC certificate so I didn't bring anything laa. if I know PTM will be held in Shah Alam, I will bring all my needs and stay in KL laa. because PTM start the next Monday.

anyway anyhow I could go shopping and strolling in KL with my mom. that is the best part laa. then attending PTM that was held at Grand Bluewave Hotel, Shah Alam. Having so much fun there. I shared room with Aisyah Jaafar. Its very nice and smooth. and the best part here I was being in the same group with my crush. OMG ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜. enough gediks!

PTM in my time so good laa. give exposure about our career, what to do or shouldn't do and many more. heaven food and luxurious place to stay but I don't have so much appetite. sadly enough. even I take large portion, I couldn't finish the food. later on I decided to take small portion. that pun still sometimes couldn't finish the food.

teammate got good spirit and everyone play their role properly. good team I guess. here I want to remember their name: izzah(me), aisyah nadhirah, baizury, Syahida hanani, azleen, yoon, kak mai, sanni, pui ling, chia, qairul, Saras, nazeer, nawar(nawar still berpantang 20 days klu tak silap), anas zainal(husband nawar), mat jay(wa tgh pantang jugak), zaid, syed, kak hanan, fathy, nasa and payan. or group's name is ant man. and our cheer is lagu injit2 semut.

arghh.. suddenly missing them so much.

back to reality! duty report to JKNK located at Wisma and almost half day being there. then going to our hospital. here meeting my colleagues and total of us is 14. Izzah(me), kimah, jiha, aisyah nadhirah, aten, naimi, adlina daeng, baitul izzah, Ahlam, makram, alep, Faisal, mat jay and amir. I got surgery as my first posting. OMG scarryyyyyy!!! so far done BLS course, radio, patho or lab, admin, checking Hep B immunity and doing Mantoux test for TB. next Sunday will have class of patient safety awareness and the next day exam.

reality of my career will begin. may Allah ease everything. Palpitation dah sekarang n.

Friday, 18 August 2017

guru oh guru III

Sambungan guru oh guru. Kali ini Aku ingin berkongsi kisah zaman universiti. Aku diberi rezeki untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di universiti iskandariah, Mesir Alhamdulillah di basah spc MARA.
.
Untuk tahun satu, Aku tak ingat sangat professor yang mengajar aku. Cuma aku ingat professor bichem yang ajar tu memang superb. Tahun 2 aku ingat professor Azza baraka. Ajar subject pharma. Sekali kena assignment dengan dia memang best sebab tak payah buat and dalat fullmark! tahun 2 jugak masa CNS professor yang ajar physio pun best tapi tak ingat apa nama dia. aku cuma ingat dia freehair dan rambut dia cantik siot.
.
Tahun 3 tak ingat sangat. but most of them are helpful, kind and brilliant. Aku such sangat endocrine time tu and till now! And hope ada rezeki utk pursue this speciality for my postgrad study. Paling aku ingot adalah GIT. Siot aku ni pemalas sangat waktu tu, lepas exam mula law gelabah. Alhamdulillah lulus walaupun borderline. >,<
.
Naik tahun 4 pada waktunya alhamdulillah! Commed adalah subjek disaster waktu ni. Ingat lai waktu oral exam. Aku tak boleh jawab padahal soalan senang gila T__T. Ahh teringat waktu ophthal, inspired dengan dr nadir. Dia la yang mula-mula buatkan aku nak belajar bersungguh-sungguh. Dr ahmad mutawali yang โ€˜handsomeโ€™ diaorang cakap pun dekat department ophthal. Waktu ENT tak sedar santa dr2 handsome2 sebab innocent >.<
.

Tahun 5 igatan aku buat dr O&G. Tak ingat apa nama dia tapi muka still terbayang-bayang. Pastu dr dlm kelas praktikal. Pun tak ingat nama. Tahun 6 laat paling banyak ingaat tapi malas nak tulis. Nanti aku update semula bila rajin.  

dinner dengan dr paeds hematome unit sewaktu kursus di toulip hotel
turut bersama suami dan anak2 prof
tudung biru tu aisyah Jaafar

sungai Nil yang tenang

who is that guy?
Looks like Malay man ada iras arab tp yang sure ni dekat convention centre MIRI

Wednesday, 16 August 2017

Guru oh guru part II

Zaman sekolah rendah ke bawah memang sangat indah. Ingatanku lebih kepada memori bermain berbanding memori belajar ketika ini. Alhamdulillah kerana hidup di zaman ketika gajet belum ada. Even komputer pun aku belajar waktu sekolah menengah dan di sekolah sahaja.
.
Berbalik kepada zaman sekolah menengah. Aku terpilih untuk belajar di smka wataniah besut. Guru yang sangat diingati masih ramai. Untuk subjek english lower form, diajar oleh sir zaharani omar, a very dedicatory and attentive teacher. We have to write our daily journal, read english novel with a few tasks like writing its summary and finding new vocabs, and do holiday project like doing task about english novel syllabus. I felt stress during that time but now thanks to him, I love reading english novel! During upperform, i learned english from madam mas morni. I love her way of teaching even though i don't remember about it. Hahaha๐Ÿ˜‚
.
For malay subject, i only remember cg noraini and cg kamaruzzaman aka dato' k. Cg noraini ajar time form 3 and dato' k ajar upperform. Form 1 and form 2 tak ingat siapa yang ajar. No special memory about cg noraini, tapi dengan dato' k aku ingat dia suka puji tulisan aku. Pastu aku kan malas buat homework dan selalu siapkan last minit. Ada sekali tu dia tegur cakap tulisan cantik pun kalau tak ada isi yang menarik serta huraian yang hambar pemeriksa tak bagi markah yang banyak. Nak kata tulisan cantik pun tak guna kalau isi hodoh! Huarghh.. aku tak pernah rasa tulisan aku cantik pun. Tak mintak dia puji pun tapi ayat dia tu pedas betul! Tapi tak serik pun. Hahaha. Pastu lepas dapat result spm tu jumpa dia, rasa terharu dan sayu bila dia cakap kat aku yang ada jugak penawar! Masa tu rasanya ada 5 ke berapa orang entah pelajar target. Tapi yang dapat lurus hanya aku sorang. Sedih wehhh tak dak orang nak share gembira.
.
Then subjek bahasa arab. Form 1 ustazah aizam. Form 2 ustazah noraini. Form 3 lupa. Form 4 and 5 ustazah norzah. Dengan ustazah norzah laa aku start suka bahasa arab! Serius sebelum tu aku tak tahu pun aku belajar apa. Aku kan pemalas. Kahkah. Kena denda berdiri atas kerusi sebab tak bawa buku. Dapat duit dan hadiah sebab markah tinggi. Apa lagi? Pergi ziarah ustazah masa raya atau bercuti dari mesir.
.
Untuk subjek matematik. Form 1 cg anita ajar mula2 pastu dia pindah dan bermulalah episod belajar sendiri utk form 1. Ada kadang2 cg ganti and praktikal juga. Form 2, 4 and 5 diajar oleh cikgu rahimah. Best! Tapi aku kurang cerdik so tak dapat A+. Dapat A. Then form 3 oleh cikgu sauzan super best! Tapi tak de kenangan special.
.
Geografi form 1 and 3 oleh cg ruhani. Form 2 oleh cikgu borhayati. Cikgu borhayati lembut je dia cakap waktu ajar dalam kelas atau kat luar sekalipun. Pastu kalau tengok dia macam budak2 je muka dia. Comel. Ibu kepada bestfriend aku. Ingat lagi masa form 1 aku sepatutnya ditempatkan dalam kelas 1 Abu Bakar. Tapi cikgu bor tarik aku mintak masuk kelas 1 Hamzah sama dengan anaknya. Kelas 1 Hamzah ni special sebab ada kelas kemahiran Quran yang mana belajar tarannum dan hafal surah! Tq cg masukkan aku ke kelas ni. Jadi orang sikit boleh baca Quran ๐Ÿ˜‚
.
Seterusnya subjek KH. Aku ambil elektif ERT. Belajar dengan Cg Azimah Laili. Ni pun cikgu yang sangat lembut dan berdedikasi. Al fatihah buat cg yang pergi buat selamanya kerana kanser. Rindu cikgu. Rindu suara lembut cikgu. Rindu kek cikgu yang sedap. Somoga cikgu tenang di sana! Terima kasih atas ilmu kemahiran yang cikgu ajar. Buat kuih, masak bihun dan semuanya.
.
Untuk subjek sejarah, form 1, 2 and 3 cg che lah ajar. Form 4 and 5 cg ruslan yang ajar. Sejarah. Memang laa subjek paling menarik hahahahaha ๐Ÿคฃ
.
Sains. Form 1 cg ridzuan. Form 2 cg baik dan motherly cg wan zamilah. Form 3 cg mat aziz ni pun cg lejen. Aku ingat lagi masa form 3 every exam i got A except trial. Drop dpt B tak cukup 4 markah. And masa tu english i got 79. 1 mark more will chamge my grade tapi apakan daya.
.
After PMR i chose aliran sains. So basically ambil 3 subjek sains. Bio, fizik dan kimia. Bio form 4 diajar oleh cg khairil anwar. Ni lawak sangat kalau ingat. Aku tulis kt bucu buku 'biol'. Pastu cikgu tanya kenapa tulis biul? I said its abbreviation utk biology. Cg pun gelak. Rupanya tulis la bio supposely ๐Ÿคฃ. Cikgu ni jugak pernah cakap kenapa saya tengok muka awak bercahaya. Aku rasa nak gelak sebab tang mana bercahaya aku pun tak tahu! Sebab minyak kot. Form 5 pula diajar oleh cg azimah. Kecik molek je cikgu ni. Beliau ajar bersemangat tapi laju sanngat. Aku ni lambat. Hahaha..
.
Subjek fizik aku diajar oleh cikgu hazliana masa form 4. Serius aku lembap tak faham apa pun yang beliau ajar. Tapi sebab  beliau cantik rasa ralit je dalam kelas beliau. Hahaha. Form 5 diajar oleh cikgu ain. Better laa drp cikgu hazliana. Faham jugak laa. Tapi nak catch up tu sakit!
.
Kimia pulak diajar oleh cikgu salwati. Banyak kali kena denda sebab malas buat homework! Hahahaha.
.
Add maths pula masa form 4 diajar oleh cg rosliha. Ni pun tak faham sangat. Tapi masa form 5 cikgu wan hanisah ajar dapat cover balik silibus form 4. Alhamdulillah mmg superb la cg wan hanisah!
.
PAI masa form 1 diajar oleh ustazah rodiah. Form 2 lupa siapa and form 3 ustazah rohana. Ustazah rodiah ajar mmg best sangat! Dia jugak ajar Psi aku form 4 and 5. Ustazah zakira ajar pqs aku both form 4 and 5.
 .
Subjek apa lagi yee.. nanti aku update kalau teringat. Semoga cikgu2 semua dirahmatiNya. Love u all.

Saturday, 12 August 2017

Guru oh guru

Guru oh guru

Alhamdulillah berkat ajaran guru-guru dan doa bimbingan mak ayah yang menjadikan aku hari ini. I just want to tell the sum up story of my teachers that i remember starting from my kindergarten teacher till my university professor and assistant lecturer.
.
I started my kindergarten while I'm 4 at Taski Abim I forgot its name hahahaha located in alor lintang nearby my mom's workplace, smktm1. Here i don't remember any single of my teacher and what did i learn here. Only remember there was a friend name aisyah so that when i got my little sister i want to name her aisyah!
.
The next 2 years i moved to Taski Abim Al-Ain located near jerteh. I remembered there was 2 teachers here, Cikgu Ani and Cikgu Nab. I only remember there was a naughty kid play a knife and hurt a boy causing him bleeding and his uniform torn. But I don't know what happen after that. Also there was a teacher I don't remember who- told us if we play with soil, the worm will infest within our nail. Even if you use spoon!
.
My primary school is SKPJ. I remember cikgu rahimah who taught me maths in my 2nd and 3rd grade very well. She is very motherly. Kind but serious. I'm not doing good in Maths and my grade was very terrible. This dedicated teacher then asked a few of dummy maths students including me and gave us personal lesson during prayer break. She only released us 10 min before the break finish. Really after she moved to another school my maths worsen. Hahahaha. In 4th grade i didn't study at all and yet still i got place in 1st class. In 5th grade still not study due to lack of motivation-alasan je ni padahal malas. And my result dropped too much and couldn't get place in 1st class. So i drop to 2nd class in my 6th grade. Here i start feeling motivated to study. I kinda like being here in 2nd class because here i start making friend and got along with all. Plus all teachers for 2nd class are superb! Before this I don't really have friends. I don't know how did i play causing me not to study-another blame to other! I remembered almost all teachers who taught me in 6th grade. BMP is cikgu mahassan. BMK is cg norazizah. English subject by teacher tg azimah. Sn is cg rusdi (the best ever science teacher in my primary school) and maths is cg abdullah.
.
Teachers that i had bad term and memories are teacher faridah perang and cikgu siti hajar. I forgave teacher faridah because it's my fault not doing her homework but never forgave cg siti hajar. I remembered its during my 4th grade. She taught me music. She asked her student to write song lyrics. My parents didn't expose us to listen to music very much as they exposed us to zikr more. Back then there was no internet and computer like today. So i listened to the radio and wrote down the lyrics. You know 10 years old kid trying to write down what she listened! Of course la not complete and mistake that not little. And i got pulas perut due to that task and my perut berdarah kot! Really i did curse her after that.

Utk sekolah menengah dan uni aku sambung part 2

Monday, 7 August 2017

Memori berkasih. Eh zaman belajar

Iskandariah aka alexandria mesir

Teringat kata-kata cousin yang belajar di azhar uni selepas aku dapat tawaran MARA untuk buat degree di mesir. "Jangan pergi ke iskandariah. Tempat tu teruk." Aku check semula surat tawaran. Alhamdulillah dapat alexandria bukan iskandariah. Lol betul masa tu. Sampai kat sana baru aku tahu alexandria tu sama la dengan iskandariah ๐Ÿ˜‚
.
Alhamdulillah. Di bumi iskandariah inilah aku mengenal erti kehidupan. Kebaikan dan kejahatan. Keadilan dan kezaliman. Kesenangan dan kesusahan. Tak banyak yang aku dapat seperti kawan yang lain. Sikit je. Tapi aku bersyukur dihantar ke sini.
.
Belajar di universiti iskandariah, aku adalah antara batch yang bertuah kerana sebahagian besar fasiliti universiti sudah lengkap. Batch sebelum kami ada yang terpaksa bersila didalam kelas kerana kelas tersebut masih dalam pembinaan. Tapi itulah kenangan belajar mereka.
.
Pensyarah-pensyarah di sini sangat baik dan wise. Even silly question yang dilontarkan dijawab sehingga kami faham. This is one thing that i learn. If you want to teach someone, make sure you understand its basic. From the basic you can expand it till it reach your point. Sometimes we jump to the point without understand its basic and this make the point blurry.
.
Makanan kat sini memang tiada masalah laa jika anda boleh makan apa sahaja. Tapi jika anda tidak boleh tiada nasi, akan ada sedikit kesukaran kerana nasi di sini lauknya limited dan tak sama macam malaysia langsung! Even telur goreng pun. Teringat kedai makan berhampiran kampus utama Miri. Biasanya aku makan nasi dengan lauk telur, kibdah dan ayam. Total harga dalam Egp 11. Kenyang laa sampai petang kalau makan tenga hari. Atau biasanya beli crepe firakh dekat kafe dentist. Ni pun kenyang yang amat. Memang makan dua kali lah biasanya. Harga dalam Egp 15. Atau pergi beli shawerma lahma atau firakh dekat Gad. Harga dalam Egp 13. Tapi jarang la sebab jauh sikit.
.
Tempat lepak time study leave biasanya di coffee bean, costa, mori kalau kaya and kalau time sengkek dekat biblio lah. Biblio ni best sebab dapat buat kad ahli setahun dalam harga Egp 30 so that kau boleh jimat sangat-sangat kalau kau kaki study library. Aku tak boleh sangat study kat rumah sebab lappy tu lagi menarik daripada buku ๐Ÿคฃ
.
Tempat lepak lepas exam pulak biasanya coffee roastery (cr), mori, downtown carefour, st stefano atau paling koman pun dekat KSP, mumtazah or LA. Pernah la jugak pergi sampai rousydi makan di Bruxie, CR branch sana. Pernah jugak pergi green plaza cuci mata main2 makan dkt china house kat sana. Pendek kata tempat lepak kat sini memang best-best laa.
.
Keindahan yang paling best dekat alex ni adalah pantainya. Fuh kalau stress tu pergi je tepi pantai pastu nangis jerit kat sana. Hilang lah dia insyaAllah. Tepi pantai dia ni ada banyak sangat kucing. Kalau jalan-jalan tu bawak cheese segi tiga boleh bagi diorang makan. Tapi aku selalu lupa ๐Ÿ˜‚
Sini kau boleh tengok orang memancing. Orang lepak2 minum syai. Couple tu tak payah cerita laa kalau petang2. Sebab tu aku lagi suka datang waktu pagi. Tapi takut laa sebab tak ada orang.
.
Jus kat sini memang superb. Takkan jumpa jus yang superb macam asir mekkah syatbi dan sebelahbawah nour islam kat lain. Even di cairo pun jus dia tak sesedap kat dua tempat ni. I mean jus original. Jus juhayna tu memang laa sedap kat mana2 pun.
.
Aiskrim dia pun kena pandai cari. Ada yang sedap ada yang tak. Kek biasanya yang sedap delight atau delicious. Ada kawan yang suka la poire. Tapi aku tak minat sangat. Halawiyyat yang sedap dekat dgn bangunan mara. Apa entah nama bangunan tu dan juga sa'idi. Sa'idi ni bagus betul sebab time waktu solat mereka hold sekejap dan pergi solat.
.
Momen indah memang sentiasa dikenang kan. Tapi sekadar kenang sahaja lah. Untuk kembali ke mesir macam payah laa jugak sebab momen pahit yang tak seberapa tapi mungkin satu hari nanti akan sampai lagi sebagai pelancong. I miss the moment with friends and lecturer good people there not the place and bad people. *Evil laugh*




Tu sebahagian gambar alex. Banyak lagi gambar yang cantik. Tp malas nak korek. Hahaha

Saturday, 5 August 2017

Crush

Semua crush melayu aku dah kawen๐Ÿ’”Crush bangsa lain tu main-main maka tak kira la kan. Sebelum pergi jauh topik ni apa definisi crush?
.
Crush- a strong feeling of romantic love for someone usually not expressed and doesn't last long. Ok yang not expressed tu betul. Tersangat betul.
.
Apa yang aku terkilan pasal crush ni ialah rasa membuang masa dan merosakkan kesucian hati. Cehh baru nak rasa sekarang ni! Tapi betul laa nama pun crush kan.
.
Another definition is to press or squeeze something so hard so that it breaks or loses its shape. Mmg pun. Hati dah tak sama dah sebelum dan selepas ada crush. Kecuali kau ingat Tuhan.
.
Ustaz Nouman Ali Khan ada sebut pasal love ni. Sometimes its not love. It just a surge of hormones become unbalance make you feel like loving someone. So chillax and don't take it too serious. It's part of normal physiology of your body- psycologically.
.
Tapi yang aku terkilan adalah aku rasa aku ada crush sebab aku suka sangat baca buku. Dan buku yang aku baca adalah buku cerita cinta. So i have poisoned my mind with all those junk stories and fantasies. Poor and rest in peace my pure mind.
.
Anyway anyhow aku tak salahkan buku yang aku dah baca. Buku-buku tu dah ajar aku erti empathy and other values. Dan ajar macam-macam lah. Bila dah besar ni jadi seorang yang sangat selektif nak baca apatah lagi nak beli buku.
.
Berbalik isu crush tadi, its not totally bad thing. Itu tandanya aku straight HAHAHA. Cuma macam mana cara ia disalurkan. Cerita dekat parents dan tulis diari benda yang paling bagus dan selamat. Tak perlu confess sebab its just a surge of hormones kan. Tapi kalau dah usia 20an boleh la cari orang tengah yang boleh dipercayai untuk sampaikan maksud di hati kalau bertekad nak jadikan dia pasangan hidup.
.
Kenapa guna orang tengah? 1st kau nak risik dia dah ada orang ke tak tanpa dia tahu kau ada hati kat dia. 2nd kau dapat tahu kau itu taste dia ke bukan tanpa bocor rahsia kau sukakan dia incase kau bukan taste dia. 3rd dapat jaga perhubungan sebelum kahwin agar tiada ikhtilat tidak syari'e. 4th mengikut seperti yang saidatina khadijah lakukan.
.
Apapun ingat jodoh itu Tuhan tentukan. Persiapan terbaik adalah persiapan diri sendiri baik dari segi ilmu, akhlak dan iman. Semoga Tuhan pertemukan dengan qurratu ain dan dikurniakan permata hati yang qurratu ain juga.
time

Friday, 4 August 2017

Precious unproductive time

Allahu... sedar tidak sedar sudah hampir setahun menanam anggur. Menanti bila berbuah dan boleh makan buah. Tapi apa je yang dilakukan sepanjang waktu ni. Orang lain kerja, kawen, pergi jalan, study, pergi kursus dan macam-macam aktiviti yang bermanfaat. Tapi aku? HAHAHAHA
.
Apapun alhamdulillah berpeluang bermanja dengan parents. Bergaduh dengan mereka. Tolong sikit-sikit mereka sebab aku ni pemalas orangnya. Baca buku cerita bm bi puas-puas sampai mak bebel risau tengok asyik baca buku cerita bila nak study. Online buka fb insta sampai muak.
.
Dan yang paling best makan durian. 4 tahun tak menikmatinya then dapat makan durian kampung yang sungguh lazat. Makan pulut durian kuah putih. Uhh meleleh air liur. Tapi sebab makan banyak sangat sekarang dah muak dah. Hahahaha.
.
Bersyukur juga kerana berpeluang raya dengan family selepas 3 tahun raya di perantauan. Berkumpul sama-sama rasa sayu je sebab semua adik dah besar dah. Tak boleh nak buli sangat.
.
Join laa jugak sedikit kursus preHO. Join volunteer medical checkup dan program bawah PAPISMA. Bersemangat sekejap baca buku. Tapi macam kata pepatah hangat-hangat tahi ayam. Pastu malas semula. Ya Allah kurniakan istiqamah untuk hambaMu ini.
.
Dapat ziarah mak alang yang sakit. Sedih rasanya tengok orang yang rapat dengan kita tak mampu bercakap guna bahasa isyarat, tak dapatmakan macam biasa sekarang on NGT. Namun bila ingat sakit itu tanda kasih Tuhan, terubat sikit rasa sedih tu.
.
Dapat experience dilanggar orang. Masa tu mom and me. Aku dah terketar-ketar. Calm je mak. Kereta tu tiba-tiba masuk lane kami padahal lampu kami hijau dan dia merah. Alhamdulillah my mom and me okay. Cuma kereta masuk hospital Memang salute lah! You are my superwoman and I love you.
.
Petang-petang kadang-kadang teman ayah pergi ke pantai. Jalan-jalan untuk exercise. Sambil-sambil kutip remis. Boleh buat jeruk. Hui sedap. Rasa kampung girl!
.
Banyak je lagi yang tak tertulis sepanjang pengangguran ni. Ni antara momen yang tidak mahu dilupakan. Sebab tu gagahkan diri tulis juga walau sangat malas sekarang ni.
.
And they will be missed

Antara remis yang dikutip

Dapat ziarah uwais, anak shee. Comel sungguh.
Gambar raya tahun 2017

Ambil no MMC bersama aisyah jaafar

Ayam-ayam belanda kesayangan mak

Ni laa rupa kereta sebelum masuk hospital


Random reminder

Assalamualaikum...

Dunia ini tempat persinggahan. Hanya seketika. Namun terasa bagai selamanya. Sepatutnya tempat bercucuk tanam amal agar akhirat kelak hasilnya dapat dinikmati.
.
Namun candu nafsu terlalu kuat. Lemas dalam khayalan. Fantasi itu kelihatan umpama realiti. Sedang masa terus berputar. Sisa umur semakin pendek.
.
Apabila ajal datang menjemput. Barulah sedar tujuan hidup. Namun waktu bertanam telah tamat. Terasa mahu diundur waktu untuk membuat kebajikan. Namun segalanya sia-sia.
.
Wahai makhluk yang bernyawa. Tanggungjawab itu sangat besar. Amanahmu sudahkah ditunaikan? Bangunlah dari lenamu. Hentikan khayalanmu. Hidup di dunia realiti. Sedar apa tugasmu. Dan bergeraklah dengan segera


Sunday, 21 May 2017

Ahlan ya ramadhan

Persediaan ramadhan
1. Doa yg selalu kte baca tu bila masuk bln rejab
2. Gembirakah kita dgn kedatangan ramadhan
3. Syukur dgn adanya ramadhan
4. Sediakan goals utk ramadhan kali ni spt sedekah, solat sunat, solat jemaah, etc

Bulan rejab dan syaaban tu umpama training time. Bulan ramadhan umpama masa perlawanan dan resultnya pd pagi syawal iaitu solat subuh berjemaah.

Masyarakat kita lebih membesarkan solat sunat hari raya berbanding solat subuh berjemaah

Ustaz di masjid pulau panjang
Kuliah ambang ramadhan
21 may 2017

Sunday, 2 April 2017

Ad duha the morning lite

Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah atas segala limpah kurniaNya. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad saw. Tak terhitung rasanya kurniaan yang diberi. insyaAllah ingin berkongsi sedikit tafseer surah ad-Duha. 

sebelum itu, apa sebab nuzul surah ini? sangat banyak pendapat yang menceritakan sebab nuzul surah ini. antaranya, Rasulullah saw jatuh sakit selama beberapa hari sehingga baginda tidak dapat menunaikan solat. datang seorang wanita mengatakan bahawa Allah bid him farewell. so this surah came to deny their thought.

what is the meaning of ad-Duha? it means morning light.



Surah ini sangat indah. Umpama pujukan Allah buat nabi. From this surah, we could extract some beautiful points that muslim should do and shouldn't do.

Should do
โคbe a gentle father to anak-anak yatim
โคapabila menolak permintaan orang miskin, do it with gentle and politely
โคmensyukuri dan menyebut-nyebut nikmat (ada yang berpendapat menyebut-nyebut kebaikan yang telah dikerjakan kepada saudara-saudaramu)

Shouldn't do
๐Ÿ’”melakukan sewenang-wenangnya terhadap anak yatim like cursing them etc
๐Ÿ’”curse poor one when they asked for help

ูˆูŽุงู„ุถู‘ูุญูŽู‰ (1) ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฌูŽู‰ (2) ู…ูŽุง ูˆูŽุฏู‘ูŽุนูŽูƒูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูˆูŽู…ูŽุง ู‚ูŽู„ูŽู‰ (3) ูˆูŽู„ูŽู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ูŽูƒูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฃููˆู„ูŽู‰ (4) ูˆูŽู„ูŽุณูŽูˆู’ููŽ ูŠูุนู’ุทููŠูƒูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ููŽุชูŽุฑู’ุถูŽู‰ (5) ุฃูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฏู’ูƒูŽ ูŠูŽุชููŠู…ู‹ุง ููŽุขูˆูŽู‰ (6) ูˆูŽูˆูŽุฌูŽุฏูŽูƒูŽ ุถูŽุงู„ู‘ู‹ุง ููŽู‡ูŽุฏูŽู‰ (7) ูˆูŽูˆูŽุฌูŽุฏูŽูƒูŽ ุนูŽุงุฆูู„ู‹ุง ููŽุฃูŽุบู’ู†ูŽู‰ (8) ููŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ูŠูŽุชููŠู…ูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ู’ู‡ูŽุฑู’ (9) ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ุณู‘ูŽุงุฆูู„ูŽ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู†ู’ู‡ูŽุฑู’ (10) ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุฉู ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ููŽุญูŽุฏู‘ูุซู’ (11)
Demi waktu matahari yang sepenggalah naik, dan demi malam apabila telah sunyi, Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu, dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan ia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, maka janganlah kamu men-hardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)..

Ibumu. Ibumu. Ibumu

Mendengar perintah ibu!

Wajib seorang anak mendengar perintah ibunya. Tidak kira sealiran atau bertentangan dengan keinginan hatinya. Selagimana perintah itu tidak melanggar syariat dan perintah Allah.

Mengapa perlu mendengar perintah ibu?
๐Ÿ‘‰mendapat keberkatan hidup (berkat itu ialah bertambah kebaikan)
๐Ÿ‘‰hati lebih tenang dan tenteram
๐Ÿ‘‰ketiadaan sang anak sangat dirasai
๐Ÿ‘‰didoakan dengan doa yang baik-baik
๐Ÿ‘‰infiniti kebaikan

Tidak dinafikan hidup di dunia yang penuh dengan fitnah ini, akan mungkin terbantah perintah ibu. Terkadang nafsu jahat lebih menguasai diri berbanding iman. Tika itu jangan sesekali malu atau lupa meminta kemaafan ibu. Terkadang si ibu terluka namun tidak ditunjuk atau diluahkan pada sang anak. Come on anak. Thats common sense. Kalau sang anak meninggikan suara, tipulah jika si ibu tidak berkecil hati. Kecuali jika si ibu mempunyai masalah pendengaran. Ingat! Tidak terhidu bau syurga jika hati si ibu terguris.

Kita seorang hamba. Hamba kepada tuhan yang satu. Mohon padaNya agar kita sentiasa menjadi anak soleh. Anak yang menjadi penyejuk hati ibu ayah. Mengapa saya fokuskan ibu? Kerana hati seorang ibu itu sangat lembut. Kerana si ibulah yang mengandungkanmu. Kerana Rasul menyebut ibumu sebanyak tiga kali sebelum ayah. Namun bukan bermakna boleh menderhaka pada si ayah! 

Kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu dan ayah. โค