Friday, 4 August 2017

Random reminder

Assalamualaikum...

Dunia ini tempat persinggahan. Hanya seketika. Namun terasa bagai selamanya. Sepatutnya tempat bercucuk tanam amal agar akhirat kelak hasilnya dapat dinikmati.
.
Namun candu nafsu terlalu kuat. Lemas dalam khayalan. Fantasi itu kelihatan umpama realiti. Sedang masa terus berputar. Sisa umur semakin pendek.
.
Apabila ajal datang menjemput. Barulah sedar tujuan hidup. Namun waktu bertanam telah tamat. Terasa mahu diundur waktu untuk membuat kebajikan. Namun segalanya sia-sia.
.
Wahai makhluk yang bernyawa. Tanggungjawab itu sangat besar. Amanahmu sudahkah ditunaikan? Bangunlah dari lenamu. Hentikan khayalanmu. Hidup di dunia realiti. Sedar apa tugasmu. Dan bergeraklah dengan segera


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.