Sunday, 2 April 2017

Ibumu. Ibumu. Ibumu

Mendengar perintah ibu!

Wajib seorang anak mendengar perintah ibunya. Tidak kira sealiran atau bertentangan dengan keinginan hatinya. Selagimana perintah itu tidak melanggar syariat dan perintah Allah.

Mengapa perlu mendengar perintah ibu?
👉mendapat keberkatan hidup (berkat itu ialah bertambah kebaikan)
👉hati lebih tenang dan tenteram
👉ketiadaan sang anak sangat dirasai
👉didoakan dengan doa yang baik-baik
👉infiniti kebaikan

Tidak dinafikan hidup di dunia yang penuh dengan fitnah ini, akan mungkin terbantah perintah ibu. Terkadang nafsu jahat lebih menguasai diri berbanding iman. Tika itu jangan sesekali malu atau lupa meminta kemaafan ibu. Terkadang si ibu terluka namun tidak ditunjuk atau diluahkan pada sang anak. Come on anak. Thats common sense. Kalau sang anak meninggikan suara, tipulah jika si ibu tidak berkecil hati. Kecuali jika si ibu mempunyai masalah pendengaran. Ingat! Tidak terhidu bau syurga jika hati si ibu terguris.

Kita seorang hamba. Hamba kepada tuhan yang satu. Mohon padaNya agar kita sentiasa menjadi anak soleh. Anak yang menjadi penyejuk hati ibu ayah. Mengapa saya fokuskan ibu? Kerana hati seorang ibu itu sangat lembut. Kerana si ibulah yang mengandungkanmu. Kerana Rasul menyebut ibumu sebanyak tiga kali sebelum ayah. Namun bukan bermakna boleh menderhaka pada si ayah! 

Kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu dan ayah. ❤

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.