Iskandariah aka alexandria mesir
Teringat kata-kata cousin yang belajar di azhar uni selepas aku dapat tawaran MARA untuk buat degree di mesir. "Jangan pergi ke iskandariah. Tempat tu teruk." Aku check semula surat tawaran. Alhamdulillah dapat alexandria bukan iskandariah. Lol betul masa tu. Sampai kat sana baru aku tahu alexandria tu sama la dengan iskandariah 😂
.
Alhamdulillah. Di bumi iskandariah inilah aku mengenal erti kehidupan. Kebaikan dan kejahatan. Keadilan dan kezaliman. Kesenangan dan kesusahan. Tak banyak yang aku dapat seperti kawan yang lain. Sikit je. Tapi aku bersyukur dihantar ke sini.
.
Belajar di universiti iskandariah, aku adalah antara batch yang bertuah kerana sebahagian besar fasiliti universiti sudah lengkap. Batch sebelum kami ada yang terpaksa bersila didalam kelas kerana kelas tersebut masih dalam pembinaan. Tapi itulah kenangan belajar mereka.
.
Pensyarah-pensyarah di sini sangat baik dan wise. Even silly question yang dilontarkan dijawab sehingga kami faham. This is one thing that i learn. If you want to teach someone, make sure you understand its basic. From the basic you can expand it till it reach your point. Sometimes we jump to the point without understand its basic and this make the point blurry.
.
Makanan kat sini memang tiada masalah laa jika anda boleh makan apa sahaja. Tapi jika anda tidak boleh tiada nasi, akan ada sedikit kesukaran kerana nasi di sini lauknya limited dan tak sama macam malaysia langsung! Even telur goreng pun. Teringat kedai makan berhampiran kampus utama Miri. Biasanya aku makan nasi dengan lauk telur, kibdah dan ayam. Total harga dalam Egp 11. Kenyang laa sampai petang kalau makan tenga hari. Atau biasanya beli crepe firakh dekat kafe dentist. Ni pun kenyang yang amat. Memang makan dua kali lah biasanya. Harga dalam Egp 15. Atau pergi beli shawerma lahma atau firakh dekat Gad. Harga dalam Egp 13. Tapi jarang la sebab jauh sikit.
.
Tempat lepak time study leave biasanya di coffee bean, costa, mori kalau kaya and kalau time sengkek dekat biblio lah. Biblio ni best sebab dapat buat kad ahli setahun dalam harga Egp 30 so that kau boleh jimat sangat-sangat kalau kau kaki study library. Aku tak boleh sangat study kat rumah sebab lappy tu lagi menarik daripada buku 🤣
.
Tempat lepak lepas exam pulak biasanya coffee roastery (cr), mori, downtown carefour, st stefano atau paling koman pun dekat KSP, mumtazah or LA. Pernah la jugak pergi sampai rousydi makan di Bruxie, CR branch sana. Pernah jugak pergi green plaza cuci mata main2 makan dkt china house kat sana. Pendek kata tempat lepak kat sini memang best-best laa.
.
Keindahan yang paling best dekat alex ni adalah pantainya. Fuh kalau stress tu pergi je tepi pantai pastu nangis jerit kat sana. Hilang lah dia insyaAllah. Tepi pantai dia ni ada banyak sangat kucing. Kalau jalan-jalan tu bawak cheese segi tiga boleh bagi diorang makan. Tapi aku selalu lupa 😂
Sini kau boleh tengok orang memancing. Orang lepak2 minum syai. Couple tu tak payah cerita laa kalau petang2. Sebab tu aku lagi suka datang waktu pagi. Tapi takut laa sebab tak ada orang.
.
Jus kat sini memang superb. Takkan jumpa jus yang superb macam asir mekkah syatbi dan sebelahbawah nour islam kat lain. Even di cairo pun jus dia tak sesedap kat dua tempat ni. I mean jus original. Jus juhayna tu memang laa sedap kat mana2 pun.
.
Aiskrim dia pun kena pandai cari. Ada yang sedap ada yang tak. Kek biasanya yang sedap delight atau delicious. Ada kawan yang suka la poire. Tapi aku tak minat sangat. Halawiyyat yang sedap dekat dgn bangunan mara. Apa entah nama bangunan tu dan juga sa'idi. Sa'idi ni bagus betul sebab time waktu solat mereka hold sekejap dan pergi solat.
.
Momen indah memang sentiasa dikenang kan. Tapi sekadar kenang sahaja lah. Untuk kembali ke mesir macam payah laa jugak sebab momen pahit yang tak seberapa tapi mungkin satu hari nanti akan sampai lagi sebagai pelancong. I miss the moment with friends and lecturer good people there not the place and bad people. *Evil laugh*
Tu sebahagian gambar alex. Banyak lagi gambar yang cantik. Tp malas nak korek. Hahaha