Friday, 5 July 2013

Coretan kejatuhan Dr Mursi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah… masih diberi nikmat hidup dan masih diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu. Berada dalam fatrah peperiksaan dengan suasana yang agak kelam kabut dan genting sekarang amat menguji keimanan dan kesabaran. Sebelah hati inginkan mengikuti perkembangan semasa manakala sebelah hati lagi inginkan berjihad mentelaah pelajaran.

Tarikh 3 Julai adalah tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh sebahagian besar pelajar melayu yang menuntut ilmu di Mesir. Masih terbayang lagi peristiwa kejatuhan dr mursi. Waktu itu, kami pelajar perubatan tahun 3 universiti iskandariah hanya mempunyai satu hari sahaja untuk megulangkaji subjek health care. Memang yang tu pun rasa nak tembak je pihak universiti. Ditambah pula dengan keadaan politik yang tidak stabil. Sangat menguji. Tv misr25 memang sengaja dibuka meski kadangkala tidak memahami apa yang mereka laungkan.

Namun hati berasa tenang melihat mereka. Tv misr25 menayangkan siaran langsung Dari dataran Rabaah yang menempatkan penyokong Dr Mursi. Rasa bersemangat mendengar mereka melaungkan kalam sokongan. Rasa turut bersama mereka apabila mereka mengaminkan doa. Pendek kata rasa amat dekat dengan mereka melalui siaran langsung ini.

Langit tidak selalunya cerah. Sewaktu masjid di bawah bangunan melaungkan azan isya', berlakunya satu peristiwa hitam yang tak mungkin dilupakan. Sejurus selesai ucapan tentera yang mengumumkan rampasan kuasa, tiba-tiba live streaming tadi terputus. Hati meronta ingin mengetahui apa khabar saudara di dataran rabaah. selamatkah mereka? Rupanya, segala peralatan di stesen tv yang berpihak kepada Dr mursi dirampas. Di luar rumah pula, terdengar jeritan dan sorakan rakyat diiringi dengan tembakan mercun yang amat dahsyat. Air mata tanpa dipinta lagi menuruni pipi. Buku health care ditolak ke tepi sebentar. Hati masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Check twitter, Facebook, semuanya mengencam rakyat Mesir. Memang jika diikutkan hati yang sedih dan panas, nak je kutuk mereka kaw-kaw. Tapi alhamdulillah. Mampu ditahan. Waktu itu, ayat yang terlintas adalah, 'mereka merancang, Allah juga merancang namun semestinya perancangan Allah yang terbaik.

Buku health care dicapai semula. Tiada guna jika kita mengutuk habis-habisan namun langsung tidak

membuahkan apa-apa. Esoknya ada peperiksaan. Maka, itu lebih utama. Meski sedikit terganggu, jihad mesti diteruskan.

Hanya satu yang mampu aku lakukan iaitu berdoa semoga Allah memudahkan urusan mereka yang ingin menegakkan Islam.

Akhirul kalam, hati ini tetap yakin bahawa apa yang berlaku hari ini merupakan satu tarbiyah Allah. Menegakkan Islam bukan perkara mudah. Berada di jalan Islam memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Renung kembali kisah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. yang ingin menegakkan kalimah Allah. Jika inginkan hidup yang senang dan selesa, jalan Islam tidak menjanjikannya.
Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.