Monday, 22 July 2013

hebatnya cinta salman al-farisi

assalamualaikum wbt
sebuah cerita hebat yang di'copy paste'. 
Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.
Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah.. Alhamdulillah”
Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.
Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.
Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.
Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.
Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti”dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
P/s: Petikan kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang – Salim A. Fillah

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan ‘teman bicara’ untuk meminang pula yang menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan? Sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan.
Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI..

Saturday, 20 July 2013

di bumi itu...

assalamualaikum...

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, al-fatih lima ughliq wa al-khatim lima sabaq, wannasiri al-haq bil haq, wa al-haadi ila sirotik al-mustaqim 

Alhamdulillah summa alhamdulillah... masih diberi peluang untuk terus bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang disedari mahupun yang tidak disedari. alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir pre-clinical. hanya mampu bertawakal setelah sedaya upaya berusaha sebaik mungkin. rasa seolah-olah bermimpi. sudah tiga tahun rupanya diri ini berada di bumi kinanah mesir. serasa baru semalam menjejakkan kaki ke bumi barakah itu. dan sekarang diri ini berda di malaysia, tanah airku terchenta.



berada di bumi tarbiyah mesir adalah satu anugerah terindah. banyak pengalaman suka duka senyum tawa dan air mata sepanjang tempoh berada di sana. di sana aku mengenali pelbagai jenis manusia. mengajar aku menjadi seorang 'manusia'. aku rasa teruja apabila pulang ke malaysia. almaklumlah, bertemu dengan keluarga tercinta. siapa yang tidak gembira kan.. namun jauh di sudut hati, ada satu ruang kosong. rindu pada sc, kelas tafaquh dan suasana di sana itu sendiri.

berpeluang puasa di sana lebih kurang 10 hari. Allah, sangat berbeza suasananya compared to malaysia. budaya sedekah mereka sangat tinggi. suatu hari, sewaktu pulang daripada menziarahi sahabatku, lebih kurang 10 minit sebelum waktu berbuka, aku berlari-lari anak bergegas pulang ke rumah. tiba-tiba seorang lelaki yang masih muda menegur aku, minta aku berhenti. dia menghulur sebekas kecil ruz bil laban kepadaku sambil mengucapkan ramadahan kareem. di sisinya, masih ada beberapa bekas lagi untuk diberikan kepada orang ramai yang lalu lalang di jalan tersebut. subhanallah. semoga Allah memberkati hidupnya.

satu lagi budaya mereka yang aku kagumi ialah membaca al-Quran. di dalam teksi, ayat-ayat Quran menjadi halwa telinga.malah kadangkala dapat dilihat mushaf al-Quran di atas dashboard. minggu lepas sebelum pulang ke malaysia, aku singgah di sebuah kedai coklat. setelah selesai membeli coklat, baru aku terperasan bahawa terdapat sebuah nushaf yang terbuka diletakkan di atas kerusi. mungkin pemilik kedai tersebut membaca al-Quran sewaktu menunggu pelanggannya datang. malah, amat mudah melihat mereka membaca al-Quran. di dalam tram, di dalam tramco apatah lagi di masjid. subhanallah, andai ini berjaya dibudayakan.



setiap yang baik ada kekurangnnya. teringat kisah tahun lepas, di cairo, spesifik lagi di pasar hussein, aku ditipu hidup-hidup oleh penjual minyak wangi. ingatkan dapat lagi murah dari alex, sekali lagi mahal. waktu memang sangat marah sampai menangis. aku memang bukan jenis orang yang pandai marah orang. hmm... sekarang bagi aku, mereka orang susah. kadang-kadang mereka tak faham sangat Islam. atau mungkin sedikit tamak. atau apa-apa aje laa. tapi yang sebenanya Allah nak melatih aku satu sifat iaitu SABAR. jangan mudah melatah, mengamuk dan sewaktu dengannya. assobrun jameel.. :)



di bumi berkat ini, ramai sangat orang yang miskin meminta sedekah. waktu tahun satu dahulu, pantang yang meminta, pasti akan terdetik rasa marah di hati. apatah lagi kami dimomokkan bahawa mereka sebenarnya adalah satu sindiket. sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. sewaktu habis kertas terkahir final exam baru-baru ini, hatiku tersentuh dengan seorang budak. berusia lebih kurang 12 tahun. dia menghulurkan tisu sambil tersenyum. minta kami membelinya. dengan keadaan yang panas terik dan berpuasa, dia masih mampu tersenyum. tabahnya kalian.



sungguh, mesir ini bumi tarbiyah. amat rugi jika tidak diambil ibrah daripadanya. Ya Allah, berikanlah keamanan kepada bumi mesir, syria, palestin, malaysia dan seluruh negara Islam. tegakkanlah agamaMu di negeri-negeri ini. ameen...
wallahua'lam


Friday, 5 July 2013

Coretan kejatuhan Dr Mursi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah… masih diberi nikmat hidup dan masih diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu. Berada dalam fatrah peperiksaan dengan suasana yang agak kelam kabut dan genting sekarang amat menguji keimanan dan kesabaran. Sebelah hati inginkan mengikuti perkembangan semasa manakala sebelah hati lagi inginkan berjihad mentelaah pelajaran.

Tarikh 3 Julai adalah tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh sebahagian besar pelajar melayu yang menuntut ilmu di Mesir. Masih terbayang lagi peristiwa kejatuhan dr mursi. Waktu itu, kami pelajar perubatan tahun 3 universiti iskandariah hanya mempunyai satu hari sahaja untuk megulangkaji subjek health care. Memang yang tu pun rasa nak tembak je pihak universiti. Ditambah pula dengan keadaan politik yang tidak stabil. Sangat menguji. Tv misr25 memang sengaja dibuka meski kadangkala tidak memahami apa yang mereka laungkan.

Namun hati berasa tenang melihat mereka. Tv misr25 menayangkan siaran langsung Dari dataran Rabaah yang menempatkan penyokong Dr Mursi. Rasa bersemangat mendengar mereka melaungkan kalam sokongan. Rasa turut bersama mereka apabila mereka mengaminkan doa. Pendek kata rasa amat dekat dengan mereka melalui siaran langsung ini.

Langit tidak selalunya cerah. Sewaktu masjid di bawah bangunan melaungkan azan isya', berlakunya satu peristiwa hitam yang tak mungkin dilupakan. Sejurus selesai ucapan tentera yang mengumumkan rampasan kuasa, tiba-tiba live streaming tadi terputus. Hati meronta ingin mengetahui apa khabar saudara di dataran rabaah. selamatkah mereka? Rupanya, segala peralatan di stesen tv yang berpihak kepada Dr mursi dirampas. Di luar rumah pula, terdengar jeritan dan sorakan rakyat diiringi dengan tembakan mercun yang amat dahsyat. Air mata tanpa dipinta lagi menuruni pipi. Buku health care ditolak ke tepi sebentar. Hati masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Check twitter, Facebook, semuanya mengencam rakyat Mesir. Memang jika diikutkan hati yang sedih dan panas, nak je kutuk mereka kaw-kaw. Tapi alhamdulillah. Mampu ditahan. Waktu itu, ayat yang terlintas adalah, 'mereka merancang, Allah juga merancang namun semestinya perancangan Allah yang terbaik.

Buku health care dicapai semula. Tiada guna jika kita mengutuk habis-habisan namun langsung tidak

membuahkan apa-apa. Esoknya ada peperiksaan. Maka, itu lebih utama. Meski sedikit terganggu, jihad mesti diteruskan.

Hanya satu yang mampu aku lakukan iaitu berdoa semoga Allah memudahkan urusan mereka yang ingin menegakkan Islam.

Akhirul kalam, hati ini tetap yakin bahawa apa yang berlaku hari ini merupakan satu tarbiyah Allah. Menegakkan Islam bukan perkara mudah. Berada di jalan Islam memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Renung kembali kisah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. yang ingin menegakkan kalimah Allah. Jika inginkan hidup yang senang dan selesa, jalan Islam tidak menjanjikannya.
Wallahua'lam.