Friday, 20 December 2013

forensic is not dull as i thought

Alhamdulilllah.. selawat. lailahaillallah muhammad rasulullah...bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. makanan yang cukup. tempat tinggal yang selesa. sahabat yang cakna dan yang paling utama nikmat iman dan Islam yang tiada galang gantinya.


selesai sudah forensic department merangkap round kedua clinical year. belajar forensic menggambarkan keadaan masyarakat yang semakin hari semakin tenat. belajar forensic menunjukkan kekuasaan Allah. tidak sia-sia apa yang Allah ciptakan. different fingerprint, maggot that is so important in forensic entomology, and so many thing that each one has their own importance. now or later on.

antara subjek yang diingati ialah tentang infanticide. infant bermaksud bayi yang kurang daripada 12 bulan manakala cide memberi maksud killing atau bunuh. kata-kata doktor sewaktu kelas ini memberi penjelasan why should we identify this child either he or she was killed or she was stillbirth means that the child was born dead. that child already dead. why should we put an effort on a dead body? that humble doctor said, even he or she already dead, we as a forensic doctor should put full effort so that in front of god on the judgement day we can say that we have try our best to find the perpetrator. yes that child already gone but who will give her or his rights if not forensic doctor. that was the most memorable class that touch my heart.

we also study how to differentiate homicidal or suicidal or accidental on the dead body. banyak sangat cara nak membunuh either suicide or homicide. types of wound. sign of deaths. so many info that we got. alhamdulillah.. hope will give benefits to all. not being rusty

also learned about firearm specifically rifled and non rifled or sporting gun. whoa... but tak pegang pun weapon tu. gambar pun tak perlu identify. just identify their ammunition. anyway nice subject i think although agak confusing. but if faham classification dia. insyaAllah ok.


one more thing, we also learned about sexual offence. and many terms that i have learned from this class. from this class rasa macam nak hempuk, bunuh dan seumpama dengannya untuk penjenayah kelas ni. lagi-lagi kes kat malaysia tengah hangat pasal rape. six years old girl being raped and the latest one nine months baby. WTF!! teremo lebih. poor to those girls. i heard that the one who raped nine months baby has done bestiality with chicken. what happen to malaysians nowadays? sedih marah geram kesian!!! don't know what should i do. sigh

by the way, i already finished my oral, assessment and presentation. this monday and will have mcq, essay and practical examination. feel a little bit sad to leave this department. pleasure to meet nice forensic dr such as dr abeer, dr rania, dr haidy and all.


Monday, 22 July 2013

hebatnya cinta salman al-farisi

assalamualaikum wbt
sebuah cerita hebat yang di'copy paste'. 
Di saat Salman Al-Farisi merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama, dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah.
Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi, penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah.. Alhamdulillah”
Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya.
Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya.
Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya”, berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang utama.
Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan..” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan..”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman.
Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
“Allahu Akbar.. Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti”dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” Air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
P/s: Petikan kisah ini diambil dari buku Jalan Cinta Para Pejuang – Salim A. Fillah

Salman al-Farisi yg begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan ‘teman bicara’ untuk meminang pula yang menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? mampukah kita memberi dn membenarkan segalanya dgn keikhlasan? Sudah pasti akan timbul sedikit rsa marah pada mulanya dan diikuti rsa terkilan.
Tapi berbezanya dgn Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dgn penuh rsa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dengan MEMBERI..

Saturday, 20 July 2013

di bumi itu...

assalamualaikum...

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, al-fatih lima ughliq wa al-khatim lima sabaq, wannasiri al-haq bil haq, wa al-haadi ila sirotik al-mustaqim 

Alhamdulillah summa alhamdulillah... masih diberi peluang untuk terus bernafas dan diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang disedari mahupun yang tidak disedari. alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir pre-clinical. hanya mampu bertawakal setelah sedaya upaya berusaha sebaik mungkin. rasa seolah-olah bermimpi. sudah tiga tahun rupanya diri ini berada di bumi kinanah mesir. serasa baru semalam menjejakkan kaki ke bumi barakah itu. dan sekarang diri ini berda di malaysia, tanah airku terchenta.



berada di bumi tarbiyah mesir adalah satu anugerah terindah. banyak pengalaman suka duka senyum tawa dan air mata sepanjang tempoh berada di sana. di sana aku mengenali pelbagai jenis manusia. mengajar aku menjadi seorang 'manusia'. aku rasa teruja apabila pulang ke malaysia. almaklumlah, bertemu dengan keluarga tercinta. siapa yang tidak gembira kan.. namun jauh di sudut hati, ada satu ruang kosong. rindu pada sc, kelas tafaquh dan suasana di sana itu sendiri.

berpeluang puasa di sana lebih kurang 10 hari. Allah, sangat berbeza suasananya compared to malaysia. budaya sedekah mereka sangat tinggi. suatu hari, sewaktu pulang daripada menziarahi sahabatku, lebih kurang 10 minit sebelum waktu berbuka, aku berlari-lari anak bergegas pulang ke rumah. tiba-tiba seorang lelaki yang masih muda menegur aku, minta aku berhenti. dia menghulur sebekas kecil ruz bil laban kepadaku sambil mengucapkan ramadahan kareem. di sisinya, masih ada beberapa bekas lagi untuk diberikan kepada orang ramai yang lalu lalang di jalan tersebut. subhanallah. semoga Allah memberkati hidupnya.

satu lagi budaya mereka yang aku kagumi ialah membaca al-Quran. di dalam teksi, ayat-ayat Quran menjadi halwa telinga.malah kadangkala dapat dilihat mushaf al-Quran di atas dashboard. minggu lepas sebelum pulang ke malaysia, aku singgah di sebuah kedai coklat. setelah selesai membeli coklat, baru aku terperasan bahawa terdapat sebuah nushaf yang terbuka diletakkan di atas kerusi. mungkin pemilik kedai tersebut membaca al-Quran sewaktu menunggu pelanggannya datang. malah, amat mudah melihat mereka membaca al-Quran. di dalam tram, di dalam tramco apatah lagi di masjid. subhanallah, andai ini berjaya dibudayakan.



setiap yang baik ada kekurangnnya. teringat kisah tahun lepas, di cairo, spesifik lagi di pasar hussein, aku ditipu hidup-hidup oleh penjual minyak wangi. ingatkan dapat lagi murah dari alex, sekali lagi mahal. waktu memang sangat marah sampai menangis. aku memang bukan jenis orang yang pandai marah orang. hmm... sekarang bagi aku, mereka orang susah. kadang-kadang mereka tak faham sangat Islam. atau mungkin sedikit tamak. atau apa-apa aje laa. tapi yang sebenanya Allah nak melatih aku satu sifat iaitu SABAR. jangan mudah melatah, mengamuk dan sewaktu dengannya. assobrun jameel.. :)



di bumi berkat ini, ramai sangat orang yang miskin meminta sedekah. waktu tahun satu dahulu, pantang yang meminta, pasti akan terdetik rasa marah di hati. apatah lagi kami dimomokkan bahawa mereka sebenarnya adalah satu sindiket. sedangkan tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. sewaktu habis kertas terkahir final exam baru-baru ini, hatiku tersentuh dengan seorang budak. berusia lebih kurang 12 tahun. dia menghulurkan tisu sambil tersenyum. minta kami membelinya. dengan keadaan yang panas terik dan berpuasa, dia masih mampu tersenyum. tabahnya kalian.



sungguh, mesir ini bumi tarbiyah. amat rugi jika tidak diambil ibrah daripadanya. Ya Allah, berikanlah keamanan kepada bumi mesir, syria, palestin, malaysia dan seluruh negara Islam. tegakkanlah agamaMu di negeri-negeri ini. ameen...
wallahua'lam


Friday, 5 July 2013

Coretan kejatuhan Dr Mursi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah… masih diberi nikmat hidup dan masih diberi peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu. Berada dalam fatrah peperiksaan dengan suasana yang agak kelam kabut dan genting sekarang amat menguji keimanan dan kesabaran. Sebelah hati inginkan mengikuti perkembangan semasa manakala sebelah hati lagi inginkan berjihad mentelaah pelajaran.

Tarikh 3 Julai adalah tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh sebahagian besar pelajar melayu yang menuntut ilmu di Mesir. Masih terbayang lagi peristiwa kejatuhan dr mursi. Waktu itu, kami pelajar perubatan tahun 3 universiti iskandariah hanya mempunyai satu hari sahaja untuk megulangkaji subjek health care. Memang yang tu pun rasa nak tembak je pihak universiti. Ditambah pula dengan keadaan politik yang tidak stabil. Sangat menguji. Tv misr25 memang sengaja dibuka meski kadangkala tidak memahami apa yang mereka laungkan.

Namun hati berasa tenang melihat mereka. Tv misr25 menayangkan siaran langsung Dari dataran Rabaah yang menempatkan penyokong Dr Mursi. Rasa bersemangat mendengar mereka melaungkan kalam sokongan. Rasa turut bersama mereka apabila mereka mengaminkan doa. Pendek kata rasa amat dekat dengan mereka melalui siaran langsung ini.

Langit tidak selalunya cerah. Sewaktu masjid di bawah bangunan melaungkan azan isya', berlakunya satu peristiwa hitam yang tak mungkin dilupakan. Sejurus selesai ucapan tentera yang mengumumkan rampasan kuasa, tiba-tiba live streaming tadi terputus. Hati meronta ingin mengetahui apa khabar saudara di dataran rabaah. selamatkah mereka? Rupanya, segala peralatan di stesen tv yang berpihak kepada Dr mursi dirampas. Di luar rumah pula, terdengar jeritan dan sorakan rakyat diiringi dengan tembakan mercun yang amat dahsyat. Air mata tanpa dipinta lagi menuruni pipi. Buku health care ditolak ke tepi sebentar. Hati masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Check twitter, Facebook, semuanya mengencam rakyat Mesir. Memang jika diikutkan hati yang sedih dan panas, nak je kutuk mereka kaw-kaw. Tapi alhamdulillah. Mampu ditahan. Waktu itu, ayat yang terlintas adalah, 'mereka merancang, Allah juga merancang namun semestinya perancangan Allah yang terbaik.

Buku health care dicapai semula. Tiada guna jika kita mengutuk habis-habisan namun langsung tidak

membuahkan apa-apa. Esoknya ada peperiksaan. Maka, itu lebih utama. Meski sedikit terganggu, jihad mesti diteruskan.

Hanya satu yang mampu aku lakukan iaitu berdoa semoga Allah memudahkan urusan mereka yang ingin menegakkan Islam.

Akhirul kalam, hati ini tetap yakin bahawa apa yang berlaku hari ini merupakan satu tarbiyah Allah. Menegakkan Islam bukan perkara mudah. Berada di jalan Islam memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Renung kembali kisah junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. yang ingin menegakkan kalimah Allah. Jika inginkan hidup yang senang dan selesa, jalan Islam tidak menjanjikannya.
Wallahua'lam.

Monday, 24 June 2013

Ramadhan yang dinanti, apa persiapan diri?

assalamualaikum...

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, al-fatih lima ughliq wa al-khatim lima sabaq, wannasiri al-haq bil haq, wa al-haadi ila sirotik al-mustaqim

Alhamdulillah.. bersyukur tak terhingga atas nikmat yang Allah kurniakan, masih diberi ruang untuk menghirup udara dan moga setiap detik yang dipinjamkan digunakan dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah wa kullu alhamdulillah atas nikmat yang tiada bandingannya iaitu nikmat iman dan islam. memetik mafhum kata seorang ulama 'aku bersyukur masih diberi peluang untuk hidup. kerana Allah masih memberi peluang untukku bertaubat atas dosa-dosa semalam.' sangat tersentap sewaktu mula-mula mendengar kalam ini. 



nisfu sya'ban telah berlalu. harapan diri ini moga dengannya, semakin bertambah persediaan menyambut bulan Ramadhan yang di dalamya penuh dengan rahmat dan rahmat-Nya. amat rugi andai bulan yang penuh barakah ini disambut dengan hati yang masih diselaputi dengan dunia. ayuh kita usahakan agar diri kita tak termasuk dalam golongan yang rugi. tiada jaminan bahawa kita akan bertemu lagi dengannya pada bulan hadapan. moga diberi peluang untuk menyambut Ramadhan kali ini. moga usaha kita untuk menyambut bulan Ramadhan ini adalah usaha yang ikhlas dan dengannya Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelum ini. insyaAllah...

antara persiapan yang boleh dilakukan bermula dari sekarang:

1. tazkiyatu an-nafs (menyucikan jiwa)
bahkan Allah ada menyebut tentangnya dalam surah as-Syams (ayat 9). sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya. dalam ayat ini, kalimat zakka yang bermaksud membersihkan atau menyucikan digunakan dengan sebab kalimah ini merujuk kepada penyucian batin. setiap hari yang dilalui pasti akan ada terpalit di dalamnya dosa yang kita sedar mahupun di luar kesedaran kita. kadangkala dosa ini yang menyebabkan kita sukar melakukan ibadat dan ketaatan serta mendapat kemanisan dalam melakukannya. oleh yang demikian, banyakkan bertaubat dan beristighfar. moga maghfirah Allah berjaya kita raih. dalam menyebutkan istighfar, hadirkan hati kita bersamanya.
Rasulullah s.a.w. ada bersabda:"berdoalah kepada Allah dengan yakin Allah akan memperkenankan doa kamu. ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memperkenankan doa orang yang lalai dan alpa.' berbalik kepada istighfar kita, hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bersungguh-sungguh moga dosa kita diampunkan. memohon agar dosa yang dilakukan tidak dibuka di dunia dan diakhirat serta dosa tersebut tidak mempengaruhi hidup kita.


         

2. solat
perbaiki kualiti solat fardhu dan perbanyakkan amalan solat sunat. kadangkala kita terlalu mengejar kuantiti solat sunat tanpa sedar mangabaikan adakah solat kita mengikut piawaian yang Allah gariskan serta mengikut apa Rasulullah gariskan. solat yang terbaik ialah solat yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit kuantitinya. Rasulullah s.a.w. telah dimikrajkan oleh Allah untuk menerima kewajipan solat ini. sedangkan amalan lain diturunkan melaui perantaraan malaikat Jibril. solat merupakan komunikasi seorang hamba dengan Tuhannya. semoga Allah memberi kekuatan agar dikurniakan solat yang khusyuk. doa sahaja tidak mencukupi wahai diri. perhatikan amalanmu, pemakananmu, muamalatmu dan sebagainya. adakah mengikut garis panduan Islam? sedarlah wahai diri, dunia ini adalah penjara orang mukmin.
oleh itu wahai diri, mujahadahlah. memang getir dan perit kerana jalan kebaikan itu ditaburkan dengan duri serta perkara yang dibenci oleh nafsu.



3. Quran
kitab suci ini sesungguhnya diturunkan pada bulan Ramadhan. teringat kata seorang sahabat "setiap kali birthday manusia akan meniup lilin. setiap kali Ramadhan, manusia akan meniup al-Quran. kerana Quran dipenuhi habuk." amat malu jika diri ini termasuk dalam golongan tersebut. al-Quran merupakan manual hidup seorang mukmin. andai tidak dibaca, bagaimana mahu mengikutinya. andai manual tidak diikut, pasti berlaku kerosakan pada manusia itu. ahsannya al-Quran dibaca dan difahami maknanya. namun jangan kerana tidak memahaminya maka pembacaan al-Quran dihentikan. meskipun tidak difahami, al-Quran berjaya mengiskis karat hati manusia insyaAllah. moga dengan istiqamah pembacaan al-Quran, Allah membuka jalan sedikit demi sedikit tentang kalamNya itu. sesungguhnya jangan jadikan tiada masa sebagai alasan untuk tidak membaca al-Quran bahkan kita hendaklah meluangkan masa untuk membacanya. usahakan wahai diri untuk khatam paling kurang pun sekali dalam Ramdhan ini.



semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan lepas. semoga madrasah Ramadhan kali ini berjaya melahirkan penuntut yang diredhai oleh Allah..ameen



wallahua'lam...

Sunday, 12 May 2013

post GIT module (muhasabah)

assalamualaikum...
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, al-fatih lima ughliq wa al-khatim lima sabaq, wannasiri al-haq bil haq, wa al-hadi ila sirotik al-mustaqim


#mood: post exam syndrome

segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk juga datang dari Allah. jika Dia nak manfaat sampai kpd kita, maka sampailah manfaat itu kepada kita.. tapi jika mudharat yang dipilih oleh Allah untuk kita maka tiada siapa mampu menahan mudharat itu.

belajar tajuk GIT mengajar banyak benda kepada diri ini. salah satu core pengajaranya adalah ayat di atas. bergelumang dengan buku berkaitan dengan segala macam bentuk parasite dan bacteria mengingatkan kita betapa kita hanyalah makhluk Dia yang lemah.

jika kita bandingkan diri kita dengan cacing atau protozoa atau kuman yang kecil hingga kadang-kadang tak nampak dengan naked eye pun hingga cacing yang sangat panjang yang boleh menyebabkan kemudharatan yang besar kepada kita. selalunya kita hanya nampak cacing ini yang buat ini sehingga kadang2 lupa yang buat ini itu adalah daripada Allah kerana yang memberi mudharat itu zahirnya berpunca dari segala macam bentuk makhluk Allah namun hakikatnya segalanya adalah dari Allah.



begitu juga selepas belajar pharmacology, selalu terlupa hakikat penawar adalah datang dari Allah. ubat hanya ikhtiar kita sebagai hamba. namun bukan ubat yang ada kuasa penyembuhan itu tetapi hanyalah Allah.
segala makhluk itu adalah ciptaan Allah. maka kita selaku manusia juga makhluk Allah, mesti dan wajib memohon perlindungan daripadaNya.

selalunya mereka yang kena infection ni kurang menjaga kebersihan. ini antara hikmah mengapa Islam menganjurkan umatnya agar menjaga kebersihan.
oleh itu jom amalkan doa seperti doa dalam ma'thurat yang kita amalkan setiap hari:






namun apabila ditimpa ujian, bersabarlah. kenangilah segala nikmat yang Allah kurniakan pada waktu kita sihat. ingatlah diriku bahawa ujian yang Allah kurniakan adalah tangga untuk menaikkan iman atau menurunkan iman. its your choice untuk pilih yang mana wahai nafsi. ujian akan menjadi manis apabila diiringi kesabaran, hikmah dicerna dan ditemani dengan zikir.

oleh itu seperti yang selalu kita dengar, hargailah waktumu pada lima perkara:
1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati

semoga Allah mengurniakan kita nikmat yang diredhai, masa yang diberkati, rezeki yang halal dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai pemuda Islam serta dijauhkan daripada segala kemurkaanNya..

wallahua'lam

Allah, aku amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan Muslim. bersyukur kerana ahli keluargaku Muslim. bersyukur kerana dikurniakan nikmat Iman dan Islam dalam kehidupan ini. aku berharap agar akhir kalam kami adalah namaMu ya Allah.

Wednesday, 10 April 2013

surah an-Nas

assalamualaikum.. alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah, masih diberi iman di dalam dada. masih mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

baru-baru ini, kakak usrah kesayangan membaca surah an-Nas. subhanallah.. selama ini, rasa macam biasa je surah tu. tp after habis usrah rasa macam..perghhh.. surah ini sangat bermakna dalam kehidupan. sebab itu surah ni termasuk dalam surah yang Rasulullah s.a.w anjurkan umat baginda amalkan dalam kehidupan seharian. terutama sebelum tidur.
surah an-Nas ini mengandungi 6 ayat dan merupakan surah makiyyah. dalam ayat pertama, Allah meminta kita berlindung dengan ar-Rab. secara literally, ar-Rab di sini merujuk kepada sifat Allah yang memelihara, mengasuh dan menjaga. manakala al-Malik merujuk kepada sifat Allah yang menguasai, memerintah dan mentadbir manusia. al-Ilaah merujuk kepada sifat Allah yang menguasai segala-galanya.

seterusnya, kita berlindung dengan nama-nama Allah ini dari apa sebenarnya? ayat seterusnya iaitu ayat ke-4 memberitahu bahawa kita sebenarnya berlindung dari was-was yang secara literally bermaksud suara hati yang dibisikkan oleh satu makhluk yang sifatnya datang dan bersembunyi.

untuk berperang dengan syaitan, Allah telah memberi persiapan untuk kita manusia. zikrullah sebagai bekalan, senjata kita adalah isti'azah dan perisai kita adalah iman. sesungguhnya syaitan itu musuh yang lemah. kenapa? sebab ada yang lagi kuat dari syaitan iaitu Allah. Allah yang menciptakan syaitan. maka mengapa kita sentiasa menyalahkan syaitan dalam segala hal? ingat, dengan menyebut Allah, syaitan akan lari sejauh yang mungkin. sesungguhnya syaitan itu duduk di atas hati manusia, apabila manusia itu mengingati Allah, dia akan bersembunyi, manakala apabila manusia itu lalai, dia akan muncul kembali.

teringat satu hadis yang pernah dibincangkan dalam usrah sebelum ini yang mafhumnya berbunyi perumpamaan orang yang mengingati Allah dan orang yang tidak mengingati Allah umpama yang hidup dan yang mati. betapa besarnya kedudukan orang yang mengingati Allah. seumpama hidup di kala orang lain sedang mati. Allah, rasa macam terpukul dengan hadis ini. teringat kata-kata ustaz zainul asri dalam salah satu videonya bahawa orang yang mati merayu kepada Allah untuk dibangkitkan sebentar untuk menunaikan solat dua rakaat. namun kita yang masih diberi peluang untuk hidup tidak mensyukuri nikmat hidup itu sendiri. banyak masa dihabiskan untuk buat perkara sia-sia. dish dish dish.. tertembak tepat ke err.. Ya Allah, berilah hambaMu ini keberkatan waktu agar setiap detik berharga dan tidak diiisi dengan perkara sia-sia.
Allah, bagaimana dengan solatku?

Sunday, 31 March 2013

fatrah exam syndrome

assalamualaikum...
betapa lama tak membebel di sini. rasa macam tak menyempat nak update. berkurun rasa tak buka. btw tak ada nak beritahu apa sangat pun. just nak kongsi pengalaman yang seciput cuma. betapa rahmat Allah itu maha tinggi. betapa ilmu Allah itu maha luas.

sekarang berada di fatrah exam amat-amat menguji keimanan. hati tiba-tiba menjadi lebih sensitif dari biasa. hosmet cakap sikit mula terasa hati. mulut menjadi lancang bersuara tanpa memikirkan perasaan insan lain. hosmetku, ana minta maaf. namun alhamdulillah Allah menyedarkan hati ini dari terus digayuti perasaan buruk ini.

tadi rasa sangat-sangat kosong. tak tahu kenapa. nak study pun tak ada mood. rasa sedih, marah, gembira, takut dan semuanya bercampur baur. tercari-cari apa punca hati jadi sekalut ini. memang sangat teruji. lalu terfikir, mungkin hati ini sedang gersang. mungkin disebabkan mata ini jarang menangis. mungkin jua disebabkan hati ini semakin keras kerana banyak ketawa.




lalu, Dia menggerakkan hati untuk membuka video ustaz zainul asri. ustaz zainul menceritakan tentang kitab sifat para salafussoleh. subhanallah.. hati yang tadinya sangat gersang umpama disirami air. di kala hati kedahagaan, bait-bait ucapan ustaz umpama air yang menitis setitis demi setitis. Allah, inikah hikmah yang ingin Engkau tunjukkan.


kisah demi kisah yang diutarakan walaupun berkali-kali pernah didengari, terasa amat berbeza. mungkin kerana kupasannya yang sentiasa diselangi dengan selawat.

terasa hati semakin stabil keadaannya sekarang. alhamdulillah.. doakan semoga diri ini berjaya dalam mujahadahnya. doakan kami yang bakal menduduki peperiksaan midterm 3 april nanti.