Wednesday, 8 January 2014

Wanita dan air mata

Insan bernama wanita ini sememangnya memiliki hati yang lembut. Mereka mudah tersentuh dan menitiskan air mata terhadap perkara-perkara yang telah menebuk naluri dan hati kecilnya. Namun, bagi segelintir golongan lelaki khususnya mengganggap perlakuan wanita yang begitu rapuh hatinya itu adalah sesuatu yang pelik dan lemah. Apa yang pasti, bukan mudah untuk seorang lelaki memahami perasaan seorang wanita apatah lagi menyelami perasaan unik mereka.

·         Hormon
Hormon wanita menjadi tidak stabil terutama ketika mereka datang bulan. Tekanan yang selama ini dianggap biasa akan menjadi bebanan besar buat wanita hinggakan mampu membuatkan mereka menangis. Ramai wanita juga mengakui mereka lebih kerap menitiskan air mata ketika haid. Untuk itu, elakkan daripada memberi sebarang tekanan atau masalah kerana dikhuatiri situasi kecil tersebut bakal menjadi kronik. sensitiviti meningkat ketika datang bulan.

·         Manipulasi
Memang sukar dinafikan bahawa terdapat beberapa wanita yang gemar mewujudkan manipulasi terhadap lelaki untuk mengelak dirinya dimarahi. Akibat lemah melihat air mata wanita menyebabkan lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk memberhentikan tangisan berkenaan. Walaupun adakalanya berjaya, namun cuba elakkan diri daripada menggunakan taktik ini untuk menarik perhatian. sangat tak cool kot!! hihihi  

·         Luahan emosi
Tidak semua wanita menangis kerana ingin memanipulasi seseorang. Kebanyakannya menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Berbeza daripada lelaki yang mementingkan pertimbangan, wanita lebih terarah untuk mengekspresikan sesuatu tindakan mengikut emosi mereka berbanding pertimbangan. kadangkala mereka menagis melihat sesuatu yang nampak sangat kecil. contohnya kucing mati. tengok cerita korea. erk!! sape tu?  

·         Kemarahan
Jika lelaki lebih mudah menunjukkan kemarahan mereka dengan kata-kata, wanita pula lebih cenderung menzahirkan amarahnya dengan tangisan. Dengan cara ini, wanita berasa lebih tenang dan ia pastinya alternatif terbaik untuk mereka meluahkan perasaan marah. seolah-olah 50% dibawa pergi

·         Memori
Benar, pemikiran wanita begitu kompleks dan sukar difahami oleh lelaki. Ketika sedang bergembira pun wanita boleh menangis apabila teringat kepada sesuatu peristiwa. Kajian turut menunjukkan wanita lebih banyak mengingati detik kehidupan yang pernah dilalui berbanding lelaki. 

p/s: namun air mata yang paling ditakuti adalah airmata seorang kelukaan seorang ibu. berhati-hati lah wahai anak. kelukaan ibu tanpa dimaafkan oleh beliau mengundang padah di dunia apa lagi di akhirat kelak.