Wednesday, 10 April 2013

surah an-Nas

assalamualaikum.. alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah, masih diberi iman di dalam dada. masih mampu meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

baru-baru ini, kakak usrah kesayangan membaca surah an-Nas. subhanallah.. selama ini, rasa macam biasa je surah tu. tp after habis usrah rasa macam..perghhh.. surah ini sangat bermakna dalam kehidupan. sebab itu surah ni termasuk dalam surah yang Rasulullah s.a.w anjurkan umat baginda amalkan dalam kehidupan seharian. terutama sebelum tidur.
surah an-Nas ini mengandungi 6 ayat dan merupakan surah makiyyah. dalam ayat pertama, Allah meminta kita berlindung dengan ar-Rab. secara literally, ar-Rab di sini merujuk kepada sifat Allah yang memelihara, mengasuh dan menjaga. manakala al-Malik merujuk kepada sifat Allah yang menguasai, memerintah dan mentadbir manusia. al-Ilaah merujuk kepada sifat Allah yang menguasai segala-galanya.

seterusnya, kita berlindung dengan nama-nama Allah ini dari apa sebenarnya? ayat seterusnya iaitu ayat ke-4 memberitahu bahawa kita sebenarnya berlindung dari was-was yang secara literally bermaksud suara hati yang dibisikkan oleh satu makhluk yang sifatnya datang dan bersembunyi.

untuk berperang dengan syaitan, Allah telah memberi persiapan untuk kita manusia. zikrullah sebagai bekalan, senjata kita adalah isti'azah dan perisai kita adalah iman. sesungguhnya syaitan itu musuh yang lemah. kenapa? sebab ada yang lagi kuat dari syaitan iaitu Allah. Allah yang menciptakan syaitan. maka mengapa kita sentiasa menyalahkan syaitan dalam segala hal? ingat, dengan menyebut Allah, syaitan akan lari sejauh yang mungkin. sesungguhnya syaitan itu duduk di atas hati manusia, apabila manusia itu mengingati Allah, dia akan bersembunyi, manakala apabila manusia itu lalai, dia akan muncul kembali.

teringat satu hadis yang pernah dibincangkan dalam usrah sebelum ini yang mafhumnya berbunyi perumpamaan orang yang mengingati Allah dan orang yang tidak mengingati Allah umpama yang hidup dan yang mati. betapa besarnya kedudukan orang yang mengingati Allah. seumpama hidup di kala orang lain sedang mati. Allah, rasa macam terpukul dengan hadis ini. teringat kata-kata ustaz zainul asri dalam salah satu videonya bahawa orang yang mati merayu kepada Allah untuk dibangkitkan sebentar untuk menunaikan solat dua rakaat. namun kita yang masih diberi peluang untuk hidup tidak mensyukuri nikmat hidup itu sendiri. banyak masa dihabiskan untuk buat perkara sia-sia. dish dish dish.. tertembak tepat ke err.. Ya Allah, berilah hambaMu ini keberkatan waktu agar setiap detik berharga dan tidak diiisi dengan perkara sia-sia.
Allah, bagaimana dengan solatku?