Thursday, 6 December 2012

overcome masalah


assalamualaikum..
lama sangat dah tak buka, tak coret dan tak segalanya lah pasal blog ni. Ya Allah, tahap kesibukan sangat mmelampau sekarang ni. Permudahkan ya Rahman. plus masalah diri yang macam-macam timbul. Dengan masalah muka, masalah hati, masalah belajar eh insyaAllah tiada. just nak share sikit bagi mereka yang mengalami masalah yang sama dengan saya 
masalah muka
Ways to prevent blackheads:
  • Don’t wash your face with harsh cleansers. This makes your skin overreact and produce more oil, which means your blackheads will be back much faster.
  • DO wash your face twice a day with natural sources. (Say, the no-nonsense daily scrub in the morning and the honey wash with baking soda in the evening.)
  • Wear makeup as little as possible.
  • Wash your pillowcase on a weekly basis (to clean off any dead skin cells and oils your face leaves behind on it).
  • Use an astringent like witch hazel or apple cider vinegar after you wash your face and before you moisturize (this will help get rid of any residual gunkiness and tighten the pores a bit).
  • Once every two weeks, use a facial steam to help open your pores and let them unclog.
  • Consider using the oil cleansing method to wash your face (pop over and read this thread in the Crunchy Community to see why).
  • Make a homemade peel-off mask with gelatin and tomato juice.
  • Blot your face with tissue paper throughout the day to soak up oil before it can accumulate.
masalah hati:
ways to prevent:
ni kena khatamkan kitab penawar bagi hati. still x habis baca walaupun dekat setahun try baca.
tapi saya ada baca satu artikel yang cerita pasal ubat hati ni. 
tada:
Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Friday, 5 October 2012

its begin

assalamualaikum..
i'm already returned to my 2nd country
alex, egypt
pengkalan chepa->klia->doha->alexandria
bye kelantan

its so fluffy..i wanna sleep on it


sangat2 teruja tengok awan berkepul2..
thn lepas x perasan awan  bentuk camne

transit at klia 4hs
at doha about 8hs
and no hotel at doha 
with my friend..x sabar nk dapatkan katil

snap from the sky




anyway alhamdulillah arrived at alexandria safelyand smoothly
after more than 24hs journey
and the story of 3rd year medical student 
university of alexandria begins

ok..
see you later my page
bye




Friday, 18 May 2012

islami ya quds

assalamualaikum...
nak share satu video lagu yang sgt best
:)



ا سلمي يا قد س ا نا للفد ا ﺀ

ذ ي يد ا ن مد ت ا لد نيا يد ا

ا بد ا لن ا ستكين ا بد ا

ا نني ا ر جو مع يو م غد ا


و معي قلبي و عز مي للجها د

لا ا ميل لا ا مل لاا لين

لك يا قد س سلا ما يا سلا ما يا بلا د ي

ا ن ر مى بغي سها ما ا تقيها بفو ا د ي

و ا سلمي في كل حين - و ا سلمي في كل حين

مسلم ا نا بنا ني من بنى

مسجد ا لا قصى ا لز ي عينتنا

و قفت ا لصخر ة فيما بيننا

بو قو ف ا لد هر و قفتي ا نا

للكفا ح و ا لجها د للبلا د

لا ا ميل لا ا مل لا ا لين

للعلى ا بنا ﺀ قد س للعلى

و بقد سى شر ف ا لمستقبل

و فد ا ى لقد سى للد نيا فلا

ا ضع ا لا سلا م لله ا و لا

جا نب ا لا يسر قلبه ا لفو ا د

و بلا د ى هى بجنب ا ليمين


__________________________________


Islami ya Qudsu inna lil fida’
sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan
Zi yadii in maaddatid-dunya yada
kami mempunyai kekuatan, jika dunia mengerahkan kekuatan
Abadan lan tastakiini abada
selamanya, kami takkan menyerah, selamanya
Innani arju ma’a yaumi ghada
aku berharap bersama hari ini ada hari esok
huwa mai’e qalbi wa ‘azmi lil-jihad
bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad
la amiilu la amallu la aliin
aku takkan melenceng, takkan jemu, takkan melunak
* chorus
laki ya Qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
untukmu wahai Quds, kesejahteraan dan kesejahteraan, wahai negeriku
in rama baghyus-sihaama
jika penjahat menembakkan anak peluru
attaqiha bi fuaadi
aku akan menahannya dengan dadaku
waslamii fii kulli hin x2
sejahteralah engkau sepanjang masa
muslimun ana banaani man bana
muslim aku, jemariku adalah yang membangun
Masjidal Aqsal-lazi a’yantana
Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan
waqfatus-Sokhrati fiima bainana
berdirinya batu Sakhrah di tengah-tengah kami
bi wuquufid-dahri waqfati ana
sepanjang masa, tempat aku berdiri
jaanibil aisaaru qalbuhul fu’aad
di samping kiri adallah jantung hatinya
wa bilaadi hiya bi janbil-yamin
dan negeriku berada di samping kanannya
ulang *
lil ‘ulaa adna’al-qudsi lil ‘ulaa
demi kemuliaan, wahai putera-puteri quds, demi kemuliaan
wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
dengan qudsku jayakanlah masa depan
wa fidalli qudis lid-dunya falaa
tebusan untuk quds bukan untuk dunia
ado’ul islama lillah awwala
aku posisikan islam hanya untuk Allah
lilkifaahi wal jihadi lil bilad
untuk perjuangan dan jihad membela negeri
la amiilu la amallu la alin
aku takkan melenceng, takkan jemu, takkan melunak
ulang *

Tuesday, 15 May 2012

cakna palestin

assalamualaikum..
hari ni 16 mei, 
hari yang semua orang tau signifikannya
hari guru
happy teacher's day
jasamu kukenang selamanya


semalam 15 mei, kalian tau x hr apa??
subhanallah, selepas 20 tahun aku bernafas di dunia ini,
 baru ku tahu kisah 15 mei
15 mei merupakan hari nakbah(bencana atau malapetaka)
iaitu hari pengusiran lebih 700000 umat islam palestin dari negara mereka sendiri.
oleh siapa??
kalau kalian tak tau, aku tak tau nak cakap macam mana
maklumlah dh lebih 60 tahun benda ni berlaku
israel zionis laknatullah merupakan perampas tanah palestin
cuba kalian bayangkan tanah bapa, datuk, nenek kamu dirampas
then ditukar dengan nama mereka.
apa perasaan kalian??
kalau kalian baca Quran,
i mean kalian tadabur
dapat jumpa sifat kaum yahudi ini
salah satunya peristiwa ALLAH menyuruh mereka buka palestin
tapi mereka menyombongkan diri
tiba-tiba sekarang mengaku
palestin adalah negara yang ALLAH janjikan untuk mereka
amboi
dulu tolak sangat tawaran ALLAH
tiba-tiba jilat ludah kembali
memang dasar tak tau malu




antara sebab pembentukan negara haram israel ini adalah:
1. membersihkan eropah dari kaum yahudi ini (maklumlah mereka parasit dan sampah masyarakat)
2. mengapa pilih palestin (nak menjatuhkan kita umat islam)

namun aku yakin sangat
sangat-sangat yakin
ALLAH akan memberi kemenangan kepada kita
sooner or later




apa yang kita boleh buat sekarang?
1. faham dan selami punca kejatuhan umat islam sekarang
2. bookmark laman web palestin
3. try boikot 
4. doa, qunut nazilah dan solat hajat buat mereka
5. turun bersama-sama mereka


Allahuakbar.. kau tak sedar lagi ke? 
umat islam di palestin sekarang sedang bejuang
bejihad habis-habisan
menentang kezaliman yang zionis mainkan
ayuh sama-sama berjihad.
berjihad bukan sahaja di medan perang..
berjihad dengan nafsu 
juga merupakan jihad yang besar
yang amat susah untuk dilakukan
bagaimana mungkin kita dapat berjihat ke medan perang 
andai nafsu bermaharajalela
contohnya
ada on call suruh kita berjihad
tetapi kita

sedang asyik menonton movie


asyik main game



asyik tidur bestkan


tidur zzzzzzzzz
apa yang kita akan buat?
teruskan aktiviti bodoh atau sahut panggilan jihad itu
ala..contoh seruan jihad yang boleh semua orang aplikasikan
-> azan


apa yang kita buat??
di mana tahap iman kita?
adakah dengan benda sebegini kita dapat mendekatkan diri kepada ALLAH?
p/s: this paragraph utk aku..sorry kalau kalian terbaca =,='

next time insyaALLAH aku cerita pasal susur galur sejarah yahudi


Monday, 14 May 2012

menjaga hati


assalamualaikum
just nak share satu cerita
moga bermanfaat....

“Akh, ana rasa ana ada masalah hatilah. Nak buat macam mana?”
“Tukarlah hati baru.”
“Hati baru? Antum ni berlawak ke?”
“Ei. Betul lah. Cuba tengok muka ana, serius tak?” sambil mengerut dahi dan menahan gelak.

“Akh, antum mesti pernah dengar kata-kata Imam al-Ghazali apa dia kan?”
"Yang mana?”
“Ha nampak! Banyak sangat hafal sampai tanya yang mana satu.. Haha.”
“Heh, terajang karang.”
“Hehe.. ok ok. Macam ni. Kenapa ana kata antum kena cari hati baru, sebab hati lama antum tu antum sendiri mengaku ada problem. Benda-benda yang bermasalah ni janganlah disimpan lama-lama akh, jadi barah karang payah pula. Buang je jauh-jauh. Pastu, minta hati yang baru dengan Allah. Kata Imam al-Ghazali,

“Carilah hatimu di tiga tempat:


1)ketika membaca al-Quran




2)ketika solat


3)ketika mengingati kematian



Jika di tiga tempat tersebut engkau belum menemukan hatimu, maka mohonlah kepada Allah untuk memberimu hati, sebab engkau sedang tidak mempunyainya!”
[Imam al-Ghazali]







“Itu ana dah try dah.”
“So? Masih tak ada hati lagi?”
“Entah lah.”

“Ok akhi, baik antum cerita sikit, apa masalah yang sebenarnya ni? Antum nak nikah ke?”

“Hehe. Lebih kurang lah.”
“Ha?! Betulkah?”
“Tidak lah. Tapi, lebih kuranglah.”
“Err.. Ana tak faham.”

“Ana sebenarnya ada kenal dengan seorang budak perempuan ni. Kami..”
“Hah!! Couple?!”
“Eh. Rileks dulu. Tak habis cerita lagi..”
“Oh.. Ok ok. Teruskan bercerita.’

“Kami kenal tahun lepas. Masa pertandingan debat dekat sekola dia. Tapi, kenal-kenal gitu je lah. Tak ada apa-apa pun. Cuma sejak kebelakangan ni kami selalu berhubung. Itu yang ana risau ni.”
“Risau part yang mana? Debat?”
“Heh. Bukan debatlah! Ana risau sebab kami dah semakin kerap berhubung.”

“Akh, kalau antum berhubung itu atas sebab alasan yang syar’ie, tak ada masalah. Yang jadi masalah itu apabila antum dengan dia berhubung, mesej-mesej benda yang tidak penting. Sebab benda ni mungkin kecil akh, tapi ianya tetap akan membuka ruang dan peluang untuk antum berzina dengan dia. Hoho. Ekstrim gila analogi.”

“Hmm.. kami tak couple pun. Mesej pun macam mesej dengan member je. Gelak-gelak. Buat lawak. Tak ada pun mesej yang jiwang-jiwang.”
“Hmm.. Ok, tak kisahlah apa yang antum buat dengan dia. Ana nak tanya satu benda. Apa manfaatnya antum buat benda ni?”

“…”

“Adakah antum menjadi lebih beriman? Ana rasa tidak., sebab antum sendiri dah mengaku antum ada masalah hati.”
“Tapi, kami selalulah juga tukar-tukar mesej bagi tazkirah. Kejutkan subuh. Solat.”
“Hah. Lagi berat ni..”
"Kenapa?”
“Antum suka kat dia?”
“Kena jawab kah soalan ni?”

“Hehe. Sukalah tu. Akhi, ana harap antum dapat istighfar cepat-cepat. Mohon ampun pada Allah.”
“Ana tak faham..”
“Mohon ampun pada Allah sebab dalam hati antum sekarang ni telah wujudnya cinta yang lain selain Allah. Itu sangat bahaya, akhi..”

“Akh, salahkah sukakan seorang perempuan.”
“Ana quote kata-kata Ustaz Emran je lah mudah..”

"Cinta itu tidak berdosa tetapi manusia yang bercinta itulah yang membuat dosa jadi bezakanlah antara cinta dan perbuatan manusia ketika bercinta. Oleh itu nasihat saya buat mereka yang jatuh cinta atau sedang mencintai seseorang maka jadikanlah cinta anda itu sebagai cinta yang membuahkan pahala. Orang yang beriman apabila mencintai seseorang maka orang yang dicintai itu akan mendapat kebaikan daripada keimanannya!"

[Emran bin Ahmad]

“Maknanya?”

“Cinta itu fitrah, akhi. Dan Islam itu bukanlah agama yang mengharamkan fitrah. Gila apa nak haramkan fitrah manusia.”

"Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”

[QS Ali ‘Imran, 3:14]

“Tapi, Islam itu turun semata-mata untuk menyempurnakan akhlak, menetapkan sesuatu peraturan agar sesuatu yang bernilai dan sangat berharga itu tidaklah dicemari dengan kekhilafan serta kebodohan manusia macam kita ni.”

“…”

“Nak menyukai seorang wanita itu tidak ada masalah. Tapi, antum kena ingat. Hidup kita ini ibadah. Cinta itu juga ibadah. Maka ibadah kehidupan ini akan menjadi lebih indah jika dihiaskan dengan ibadah cinta yang benar. Jadi akhi, janganlah kita campuri ibadah yang sangat indah itu tadi dengan nilai-nilai kemaksiatan.”

“Tapi, kami tak couple..”
“Antum selalu messaging dia kan?”
“Ya.”
“Call?”
“Kadang-kadang..”
“Antum ada perasaan kat dia?”
“Sikit.”
“Sikit?? Ok, tak pe, dan dia juga seolah-oleh melakukan hal yang sama pada antum. Betul kan?”
“Err..”
“Betulkan?”
“Ya lah kot.”

“Itu couplelah namanya.”
“Kenapa pula?”

“Dari sudut pandang ana, couple ini apabila seorang lelaki dan seorang itu berhubungan untuk hal-hal yang tidak penting atau tidak perlu. Mereka mungkin chatting, messaging macam kawan biasa, tetapi lambat laun yakinlah bahawa mereka itu nanti akan terjerumus dalam perangkap yang mungkin mereka sendiri tidak merasakan itu sebagai perangakap. Sebab perbuatan dosa dan maksiat itu sangat indah. Terutamanya apabila syaitan sudah menjadi tangan yang mengatur, bukan lagi iman yang menjadi percaturan.”

“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”

[QS Al-An’am, 6:112]

“Syaitan dalam bentuk jin mahupun kawan-kawan kita ni akan sentiasa berusaha membisikkan perkataan yang indah sebagai tipuan, akhi. Dan antum tanyakan dalam diri antum sendiri. Adakah antum termasuk dalam golongan-golongan mereka yang tertipu sekarang ni.”

“…”

“Aku bukan couple, tak declare pun. Aku tak jumpa dia pun, setakat suka-suka je mesej-mesej gitu. Macam-macam lagilah alasan yang akan diilhamkan syaitan kepada kita nanti demi untuk membenarkan perbuatan yang salah itu.”

“Tapi, kami tak ada apa-apa pun.”

“Kalau benar tak ada apa-apa, maka antum kena pastikan antum benar-benar tak ada apa-apa dengan dia lagi lah lepas ni. Tak ada mesej-mesej. Tanya khabar masih boleh, tapi setakat itu sahaja. Tambahan, dia duduk kat Perlis, antum Perak. Huh, tak ada keperluan yang mendesak pun ana rasa yang boleh dibincangkan bersama. Dua-dua masih sekolah lagi tu. Nak SPM lak tu. Adeh.”

“Hmm..”

“Akh, tanyakan semula pada diri antum. Siapa sebenarnya cinta dalam diri antum? Kalau benar Allah. Cuba tanyakan lagi, adakah antum dah cukup berbuat demi membuktikan cinta antum pada Dia. Kalau sudah. Tanyakan lagi, kenapa antum perlu mencintai Dia?”

“….”

“Selesaikan dahulu urusan cinta antum dengan Allah. Insya-Allah, Allah akan selesaikan urusan cinta kita di dunia ni.”

“Tapi, nanti dia kecil hati pula. Kata ana sombonglah, kolot. Atau dia nak pi bunuh diri ke nanti. Macam mana?”

“Antum nak biar dia kecil hati dengan antum, atau antum nak biar Allah yang kecil hati dengan antum? Lagi satu, akhi. Kalau benar sekalipun Islam ini agama yang kolot dan ketinggalan zaman, maka ana bangga menjadi orang yang kolot dan ketinggalan zaman. Kerana ianya agama dari Allah. Dia nak bunuh diri? Biar jelah, itu masalah dia. Jangan dia bunuh antum sudah. Hehe.”

“…”

“Hehe. Rileks.. Hisab balik diri antum. Antum kat mana sebenarnya ni? Bersihkan balik diri antum. Dekatkan semula diri antum dengan Allah.”

“Ok lah akh, Islam agama yang mudah. Jadi, kalau antum benar-benar nak bercouple juga. Cuba tengok surah yang ke-24, ayat ke-32.”

“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”

[QS an-Nuur, 24:32]

“Alah, nikah ke?”

“Kalau tak nak nikah, antum kena tengok pula kepada surah ke-24 juga, ayat ke-30.”

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman. Agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

[QS an-Nuur, 24:30]

“Heh. Sama je..”

“Maka antum kena jaga pandangan antum. Baik pandangan lahir melalui mata. Mahupun pandangan secara halus melalui hati antum. Kalau tak nak juga, berbalik kepada step pertama tadi. Surah ke-24, ayat ke-32.”

"Beratlah, akh."

"Alah. Macam budak-budak kecil. Mujahadah lah sikit!"


MUJAHADAH DIJALAN ALLAH...////^_^